"politik = kotor"

bismillah..

Respon berkenaan kata2 yang sering keluar dari mereka yang menolak untuk berpolitik. Alasannya adalah kerana politik itu kotor. Saya sendiri secara peribadi tidaklah arif dalam selok belok, putar belit politik tapi masih mengambil tahu kerana itu adalah perlu (tersangat perlu). Lebih molek lagi jika menyokong seterusnya menjadi pendokong setia dalam menegakkan kembali sistem politik Islam. Bukankah berpolitik juga adalah peninggalan nabi SAW?

Ramai pihak yang pandai menghukum bahawa politik itu tersangat kotor. Yang batil di putar menjadi haq, pesalah di sanjung dan yang benar di hukum, rasuah berleluasa, penipuan tak boleh dah nak kira. Benar, saya tak menolak akan berlakunya hal2 yang tersebut sekitar pusaran politik negara juga dunia pada hari ini. Jom buka minda. Sistem apakah yang dunia kini amalkan sehingga kebatilan sukar di bendung?

Golongan kuffar berdegar2 menyebarkan ideologi mereka. Liberalisme, nasionalisme, kapitalisme dan 'isme'2 yang lain, hebat di perkatakan. Bagaimana pula dengan golongan Muslim? tunduk menikus, malu dengan ajaran agama sendiri; dan yang paling 'best', menjadi agen kuffar laknatullah dengan bersuara paling lantang dalam membantah ajaran agama sendiri. Lucu. Marah. Geram. Sangatlah tak adil andai hanya pandai menghukum (lebih2 lagi dr golongan muslim) tentang bersih kotornya politik itu namun tiada usaha untuk memurnikannya. Pekakkan telinga dan butakan mata "bukan urusan aku pon"... Apakah urusan ummah bukan urusan anda?

kalau bukan aku, siapa lagi?
kalau bukan sekarang, bila lagi?
kalau bukan di sini, di mana lagi?

Kita tak tahu bila kita kan kembali menghadapnya. Biarlah bukan zaman kita kegemilangan Islam itu tercapai tetapi biarlah kita menjadi anak2 tangga yang membawa kepada mercu itu. Semoga usaha kita menjadi hujjah saat bertemu denganNya. Jangan hanya pandai berkata2, komen itu dan ini, tapi jadilah orang2 yang work out dalam menjadikan apa yang di impi itu satu realiti.

~kembalilah kepada Islam yang syummul~

~peringatan buat diri sendiri yang sering leka~

wallahualam..
0 Responses

    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth