Inikah ikon Malaysia yang diharapkan?


Laporan Berita Minggu 04/05/08 mengenai Faizal Tahir akur dengan teguran Mufti Perlis amat dialu2kan. Namun begitu, dalam akur dengan teguran tersebut, Faizal berharap sesiapa yang ingin menegur tentang perilakunya di masa hadapan hendaklah juga memikirkan kesannya kepada keluarga dan mereka disekeliling beliau. Kenyataan sebegini katanya memberi kesan keada isteri, anak dan ibu bapa beliau.

Tahu pun! Itu teguran supaya Faizal berada di atas landasan yang betul. Salahkah? Tak salah menjadi artis, tetapi biarlah artis itu tahu apa yang dia buat. Faizal sedarkah apa yang beliau jaja sekarang ini iaitu mulut terbuka dan symbol tangan itu tidak manis bagi masyarakat kita.

Inikah ikon baru seni muzik tanah air?. Mungkin bagi faizal symbol tangan tersebut adalah symbol rokers. Betul, ramai roker yang menunjukkan symbol tersebut yang asalnya dari kumpulan pemuja syaitan.

Simbol ini dikenali sebagai Simbol Syaitan. Dicipta oleh Elena Petrovna Gan atau lebih dikenali sebagai Helena Blavatsky.



Artis sepatutnya tidak ikut membabi buta apa yang dibawa oleh barat. Kita orang Islam, tak kan kita nak menjaja budaya barat pula. Apatah lagi bagi Faizal yang asalnya dari kumpulan nasyid. Buat malu kaum saja.Kenyataan Faizal dalam Mingguan Malaysia kononnya ada orang menjangkakan beliau boleh mengatasi Mawi rasa saya jauh panggang dari api sekiranya imej ini yang dibawa oleh Faizal. Nampak sangat beliau terlalu teruja dengan kejayaan yang dicapai sehingga satu demi satu kesalahan dicipta, bermula dengan isu buka baju.

Mungkin ada segelintir kelompok peminat yang meminati aksi sedemikian tetapi apakah majority peminat muzik inginkan aksi sebegitu. Kalau Faizal memikirkan survival beliau dalam industri muzik, beliau kenalah mengambil kira kelompok majority, janganlah syok sendiri.

Nasib baik kita dianugerahkan seorang mufti yang berani menegur dan terima kasih kepada media2 yang sudi menyiarkan teguran mufti Perlis tersebut. Tegur menegur tuntutan agama telah dilaksanakan oleh sang mufti, menyampaikan teguran juga tuntutan agama, telah disampaikan oleh media2 (termasuk bloggers). Bukankah Islam itu Indah?


1 Response
  1. muslimah power Says:

    Alhamdulillah...
    Ada jugak segilintir yang perasan tentang isu ini.Bila disebut tentang gerak gaya artis tanah air kita,terlalu banyak yang rakyat malaysia terlepas.Mungkin dipandang biasa oleh masyarakat tetapi luar biasa pada agama yang kita anuti sekarang.Isu akhil khai menegur awie juga perlu kita lihat.Apa-apa pun,tepuk dada tanya iman.adakah kita perlu menerima sesuatu yang dianggap biasa oleh masyarakat begitu sahaja?atau kita perlu meneliti baik dan buruknya dulu dalam pelbagai prespektif?adakah artis-artis yang kita puja dan minati mampu menolong kita apabila berhadapan dengan ALLAH kelak?wahai rakyat cfs,bukalah hati,tanyalah iman,jawablah sendiri,dengan akal siuman.salam 1 malaysia


    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth