Kebenaran Islam- Sufism Vs Freemason



Sebelum saya mengulas lebih lanjut tentang perkara ini izinkan saya perjelaskan apa itu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifa.
Syariat
Syariat ialah peraturan yang harus di patuhi agar dunia sentiasa dalam keadaan Islam iaitu selamat.

Tariqat

Tariqat ialah proses keilmuan untuk menilai diri dan mencuci diri akan mengenal ALLAH dan diri sendiri. Apabila sudah lengkap keikhlasannya, maka muncullah jawapan mengenai hakikat siapakah diri, siapakah ALLAH dan dunia serta seisinya.

Hakikat

Hakikat ialah pengetahuan yang diberikan pada hambaNYA untuk mencapai makrifat iaitu kenal akan DIA lalu cinta dan mencintai. Saat inilah kehebatan datang. Makanya, ramai yang terasyik dgn kehebatan lalu di lupakan dari siapa hadiah itu di berikan. Masa ini juga sang salik cuba mengejar kehebatan dan bila tidak di beri. Makanya, larilah dia dari DIA.

Makrifat

Makrifat ialah kenal sebenar kenal. Yakin sebenar yakin. Hidup tenggelam dalam zatNYA. Saat ini, kehebatan itu pula menjadi hamba kita. Saat perlu kehebatan datang. Tetapi apakah maknanya kehebatan itu sedangkan yang di kehendaki ialah DIA.

Hal inilah yang telah di lupakan oleh kebanyakan muslim. Mereka mengelarkan diri mereka Islam sedangkan peribadi sedikit pun tidak memaparkan mereka itu Islam. Makanya, perlukah kita menyahut bahawa sesungguhnya, terdapat MUSUH dalam ISLAM sendiri.

Semakin banyak persoalan, semakin kita yakin sesuangguhnya ALLAH itu maha besar dan maha mengetahui. Seandainya orang mengatakan sufi itu sesuatu yang sesat dan bidaah, maka hal itulah yang akan berbalik pada mereka. Jangan lah taklid iaitu membabi buta mengikut sesuatu itu akan tetapi sentiasalah bertanya dan explore apa yang kita ada. Jangan takut jika anda ingin bertanya. Sekarang ini kebanyakan muslim di momokkan atau di takutkan untuk bertanya soalan di luar kotak. Dek kerana itulah pemikiran mulai sempit dan sempit sehingga menjadi mainan oleh sesetengah pihak.






Sebenarnya, Freemason ialah satu 'agama' yang memperakui satu tuhan akan tetapi di sesatkan oleh Lucifer dan sekutunya. Akan tetapi, perjalanan tariqat, hakikat dan makrifat mereka di guide oleh Fallen Angel/ Azazil/ Iblis dan mereka akan melakukan ritual untuk itu. Sesunggunya mereka dalam keadaan sesat. Kerana itu juga, mereka boleh dan berkuasa untuk memperkudakan orang-orang yang langsung tidak tahu mengenai ALLAH dan agama. Jika orang agama sendiri pun mereka boleh perkudakan, inikan pula orang kebanyakan. Sesungguhnya mereka tahu hakikat sebenar alam dan ketuhanan. Akan tetapi mereka terlupa mereka juga di perkudakan oleh Azazil dan sekutunya yang lebih tahu mengenai perkara rahsia. Kerana itulah, Azazil/lucifer ini takut jika ada sang sufi yang sangat mengenali ALLAH dan mencintai ALLAH kerana, tahap itulah dia tidak sempat sampai. Tahap itulah di mana rasullulah berada. Tahap yang di maksudkan itu ialah. TAHAP HAMBA. Kita hamba ALLAH yang sungguh-sungguh mengenali ALLAH.


Kenapa ahli baru yang masuk dalam Freemason akan di lakukan ritual di atas checked board dan semua agama saja boleh masuk? (sila layari www.wakeupproject.com untuk maklumat lanjut)

Yang saya dapat tahu ialah, mereka akan di 'buka'kan proses pengenalan diri tadi dan di guide oleh false light iaitu Lucifer. Cheaked board represent gabungan dua dunia. Jadi, bila itu berlaku, gerak rasa yang biasanya dapat dilakukan oleh para sufi akan di guide jika ritual Freemason di adakan.

Kalau sang salik melayu boleh buat 'gerak silat' yang pelbagai hasil dari DNA reawakening dan penyatuan alam (DNA reawakening ialah proses menguraian memori yang tersimpan di dalam DNA seseorang manusia itu. Ia mengandungi memori keturunan baik dari segi ilmu atau bakat dalam sesuatu bidang. Ia juga di katakan sebagai universal library/akashic record/ dan pembawa saka?)

Para ahli Freemason juga dapat berbuat demikian tapi hanya pada DNA reawakening dan guide from false light yang terhasil dari ritual tu.

Lagi satu hint ialah, kenapa ahli Hidden Hand membuat ritual sex? apakah makna sex bagi mereka. Sex bagi mereka ialah proses enlightment ahli-ahli Freemason atau apa-apa saja occult kerana bila persatuan antara lelaki dan perempuan dapat di lakukan dan di guide oleh GOD dan GODDESS mereka a.k.a Fallen Angel, mereka tanpa sedar akan di bawa ke dunia sana (pemikiran bawah sedar) untuk mendapat mandat atau perintah terus dari istana Lucifer.




Tidakkah muka mereka hampir serupa? Ada iras-iras. Ini kerana mereka adalah dari satu keturunan iaitu keturunan Firaun dan penyembah syaitan.

Selain peperangan bloodline pada masa kini (bloodline firaun dan rasullullah) kita juga dalam peperangan sufism. Jadi, amat bahaya jika ahli sufi tidak berhati-hati dalam perjalanan masing-masing.

apakah anda mahu duduki di bawah tapak kaki para Freemason ini dan menjadi orang kebanyakan saja? Lawanlah mereka dengan taqwa dan ilmu. Jangan jadi bacul untuk melawan kerana Lucifer, sekutunya atau jin sekalian sungguh lemah untuk menakluki kita. Mereka hanya kuat jika kita menganggap mereka kuat.

Itulah yang di bodek-bodekkan dalam media masa yang menunjukkan hantu jin itu sungguh kuat lebih dari manusia. Tidakkah itu menghairankan. Jadi, marilah kita berbincang mengenai ini dan permasalahan penyakit cinta dunia dan takut mati yang telah timbul sejak berabad lama biarpun orang itu ulama sendiri.

Jadikanlah artikel ini sebagai nasihat dan sesungguhnya saya sedang menasihati diri sendiri dan sedia menerima teguran dari kalian. Wassalam.

Artikel by - Hasell Usiby aka Aiz

edit by- Warfeel-efairy

Last edit-mickhail

0 Responses

    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth