Masih bermanis dengan kata-kata..




Pelbagai reaksi diberikan apabila gagasan 1Malaysia diperkenalkan Dato' Seri Najib Tun Razak pada awal pemerintahannya sebagai kepala negara. Ada yang memuji gagasan ini dan ada yang mengkritiknya.

Sesetengah rakyat merasakan 1Malaysia adalah gagasan yang cuba mewujudkan satu bangsa Malaysia hingga melenyapkan kepelbagaian bangsa yang ada di Malaysia. Mungkin anda sendiri juga tidak memahami maksud sebenar gagasan ini. Sila baca booklet ini untuk kefahaman asas tentang gagasan ini agar perbincangan seterusnya lebih mudah difahami.

Sudah menjadi rentak dan rutin seorang pemimpin politik untuk perkenalkan suatu yang baru dalam siri pemerintahannya. Ini bertujuan memberi semangat baru dan bukti kerja yang dilakukannya. Kerana itulah juga, 1Malaysia pun diwujudkan.

Jika dibaca dan diteliti gagasan ini, saya akui ianya sangat baik. Ia tidak membawa kepada penghapusan etnik dan bangsa yang pelbagai. Fahaman untuk mewujudkan bangsa Malaysia itu adalah salah. Namun Dato' Seri Najib sendiri pun tersalah faham akan gagasan yang diwujudkannya apabila dia mengucapkan kenyataan berikut semasa mengumumkan gagasan ini, "Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia."

Maka tidak hairanlah nilai-nilai yang terkandung di dalam booklet tadi sehingga ke hari ini tidak nampak diperjuangkan pemimpin negara. Silaplah jika pemimpin kita mengambil formula lapuk dalam menjayakan sesuatu. Formula lapuk yang saya maksudkan ialah 'meninggikan sesuatu dengan cara merendahkan sesuatu yang lain atau bertentangan dengannya'.

Sebagai contoh, seorang arkitek inginkan pujian kliennya atas rekaannya dengan cara memburukkan rekaan arkitek lain. Formula ini mungkin berjaya jika kliennya tidak bijak dalam menilai arkitek itu.

Kini saya percaya ramai rakyat Malaysia sudah bijak. Tidak seperti zaman dahulu, rakyat tidak mendapat pendidikan sempurna hinggakan paradigma pemikiran agak sempit dan mudah dipermainkan.

Oleh itu, saya menyeru agar 1Malaysia mengambil formula baru iaitu 'jika ingin dipandang tinggi, hendaklah tunjukkan kehebatan yang ada pada diri'. Dalam erti kata lain, 1Malaysia harusnya menunjukkan bagaimana perpaduan yang jitu dapat dihasilkan, bukannya memaparkan kisah-kisah perpecahan agar rakyat bersatu.

Paparan kisah-kisah penentangan antara kaum, perselisihan faham antara etnik dan seumpamanya adalah satu tindakan bahaya yang mengundang kepada perpecahan. Inilah yang nampaknya cuba dimainkan oleh pemimpin politik.

Saya berpandangan 1Malaysia seolah-olah dijadikan umpan untuk rakyat merasa keperluan untuk bergantung dan menyokong pemerintah yang kian kekurangan sokongan. Isu-isu perkauman dimainkan dan dipaparkan agar masyarakat jadi takut dan gelisah lantas mengambil semangat 1Malaysia supaya kembali bersatu.

Tidak perlu perpecahan untuk perpaduan

Pada hemat saya, rakyat Malaysia tidak berpecah langsung. Cuma masing-masing banyak bersikap individualistik. Keakraban sesama kaum sendiri adalah lumrah sepertimana akrabnya abang dengan adik kandungnya. Cuma jambatan penyatuan dalam pelbagai bidang antara berbilang kaum masih belum utuh.

Tambahan pula, pemimpin politik mengapi-apikan semangat perkauman dengan cara memaparkan isu perpecahan atau mewujudkan isu tersebut. Ahli akademik di Fakulti Pendidikan UKM, Puan Sri Prof Dr Rohaty Mohd Majzub juga tidak bersetuju dengan kewujudan 1Malaysia sebagai jawapan kepada perpaduan yang terlerai di kalangan rakyat Malaysia.

Katanya,"Dahulu kita ukur sejauh mana seseorang itu bersikap perpaduan seperti adakah orang akan berdiri jika Negaraku dimainkan? Tetapi sekarang pengukuran perpaduan lebih kompleks daripada itu kerana kita perlu mendalami pemikiran dan dasar hati manusia."

"Saya tidak berani hendak kata perpaduan kurang kecuali telah ada data kuantitatif dan kualitatif untuk menyokongnya. Jika ukuran telah berubah tentu apa yang kita ingin lihat juga telah berubah."

Apakah tindakan mengheret kepala lembu adalah suatu perkara yang boleh diterima akal dalam usaha menyatukan rakyat? Perlakuan sebegini mampu mengundang tragedi berbunuhan jika kaum India pula menghina keesaan Allah Maha Kuasa.

Ini adalah perlakuan menyalahi pesan Allah:

"Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan."(Surah Al-An'am: 108)

Walaupun perlakuan ini didakwa dilakukan oleh sekumpulan ahli NGO, kerajaan Malaysia seharusnya mengutuk keras tindakan ini kerana ia merosakkan agenda 1Malaysia. Perlakuan ini kelihatan didorong oleh semangat politik kebencian orang Melayu berbanding semangat pertahan agama.

[Mereka kini didakwa bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948]

Jangan pula dalam pada kita mengibarkan bendera perpaduan kaum, kita sesama kaum Melayu pula cuba memutuskan tali bendera yang menarik bendera di tiangnya. Ketepikan faham politik, tegakkan kebenaran dan keadilan.

Adalah tidak bijak jika perpaduan yang cuba ditonjolkan dibuktikan dengan cara menimbulkan perpecahan terlebih dahulu. Bertindaklah sebijaknya dengan beri faham kepada rakyat setiap asas dalam gagasan 1Malaysia secara praktikal dan positif agar rakyat lebih optimis ke arah mengukuhkan jambatan penyatuan antara kaum dan sesama kaum.

Usah sibuk memikirkan undian terbanyak, fikirkan untuk berbuat terbanyak. Dengan cara inilah, rakyat akan berfikir untuk memberikan undi terbanyak untuk kalian.

Mencari isu sepakat

Saya sering terkenangkan contoh perpaduan antara PAS dan BN berdasarkan isu Palestin pada 8 Mei 2002 bertempat di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr Mahathir boleh berjabat tangan dengan Allahyarham Fadzil Noor.

Isu-isu yang disepakati sebegini harus diperbanyakkan dan simbol perpaduan atas isu sebegini diperlihatkan. Forum, seminar, dan sebarang program yang membabitkan para pemimpin dari semua parti politik harus disemarakkan.

Jika diteliti semua nilai yang digariskan dalam 1Malaysia, ia jelas menunjukkan nilai-nilai sedia ada yang diajar oleh Islam dan agama lain. Bukankah perpaduan antara kaum juga melibatkan pelbagai agama? Maka, marilah kita menyikapi agenda 1Malaysia ini dengan teknik yang diajarkan Allah dalam menyantuni fahaman agama lain dengan mencari garis penyatuan dalam isu-isu tertentu.

"Katakanlah: "Wahai ahli kitab, marilah kamu kepada kalimat yang bersamaan antara kami dan antara kamu..."(Ali Imran 3:64)

p/s: Sejarah sering kali berulang.. MR sendiri mengesyaki tentang dasar pimpinan kerajaan kita(bukan sebab nak kata MR kuat politik).Semakin parti itu memimpin, semakin teruk pemuda negara kita jadinya.. MR masih meneliti adakah di sebalik pimpinan negara kita juga terdapat 'hidden hand' seperti amerika? Wallahu'alam.

Obama Menakluk Negeri-negeri Kaum Muslimin

OBAMA MENAKLUK NEGERI-NEGERI KAUM MUSLIMIN MULAI DARI TURKI HINGGA KE MESIR DAN MELEWATI REJIM PEMERINTAHAN SAUDI

Belum pun dua bulan Obama berkunjung ke Istanbul dan memberikan ucapannya di sana, kini dia mengalihkan pula sasarannya ke wilayah Kinanah (Mesir) melalui Jazirah Arab. Dia kemudian disambut oleh rejim Mesir pada pagi hari Khamis (4/6/2009) dengan sambutan bak pahlawan yang baru pulang dari medan tempur dengan membawa kemenangan! Sejak pukul 9 pagi, di mana pesawat yang dinaikinya dijadualkan akan mendarat, bahkan jauh sebelum itu, sudah tampak pengawalan yang amat ketat. Pasukan keselamatan kelihatan di mana-mana.

Pelbagai bunga dan hiasan ucapan selamat berderetan menyambut Obama, Presiden Amerika, pemimpin kekufuran, yang hingga kini masih tetap menumpahkan darah umat Islam di Afghanistan, Pakistan, dan Irak. Rejim Mesir telah menyiapkan di setiap penjuru kawasan, pelbagai konvoi yang lengkap dan tercanggih, pasukan elit bersenjata, limosin mewah berserta alunan muzik. Kemudian, pemimpin rejim Mesir menyambut si kafir ini dari pintu Istana Kubah dengan sambutan hangat dan penuh penghormatan.

Lalu, dari sana, Obama pergi menuju ke Universiti Cairo untuk berdiri di mimbar kehormat yang telah dipersiapkan khusus untuknya, lalu menyampaikan ucapannya kepada kaum Muslimin! Isi ucapan yang disampaikan Obama tidak ada bezanya dengan polisi umum mantan presiden Amerika sebelumnya dan juga mantan-mantan presiden AS sebelum ini, baik dalam hal perang yang dilancarkan Amerika ke atas negeri-negeri kaum Muslimin, isu Palestin, hubungan erat dengan entiti Yahudi, isu senjata nuklear mahupun isu-isu lainnya. Isi pidato Obama tidak keluar daripada usaha merealisasikan kepentingan Amerika, mulai dari awal hingga akhir, di mana semuanya merupakan usaha AS untuk menarik public opinion kaum Muslimin agar “memahami” bahawa perang yang dilancarkan Amerika di negeri-negeri kaum Muslimin selama ini adalah perlu dan bersandar atas kebenaran.

Namun demikian, dilihat dari sudut bentuk penyampaian, pidato yang disampaikan Obama memiliki keistimewaan melebihi para pemimpin sebelumnya. Penyampaian Obama dibaluti dengan penipuan yang begitu halus dan sempurna sehingga sesiapa sahaja yang mendengarkan perkataannya akan beranggapan bahawa ucapan tersebut tidak lebih dari usaha Obama untuk mewujudkan hubungan baik dengan dunia Islam. Inilah kehebatan Presiden AS ini dari seni penipuan dan penyesatan melalui permainan kata-katanya.

Allah SWT berfirman, “Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata, kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahawa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya), maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” [TMQ al-Munafiqun (63):4].

Ini dilihat dari sudut usaha Obama membangun hubungan umum. Sedangkan jika dilihat dari sudut isu-isu sensitif dan isu-isu lain yang dapat diamati, isi ucapannya itu merupakan suatu yang sangat pedas, tajam, jelas dan tanpa terlindung, memanifestasikan permusuhannya yang tidak mengenal maaf terhadap kaum Muslimin.

Allah SWT mengingatkan kita, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka ini tidak henti-henti (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian daripada mulut mereka, apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” [TMQ Ali Imran (3):118].

Obama memulakan pidatonya dengan melontarkan berbagai ancaman kepada mereka yang disebutnya sebagai puak teroris dan puak ekstremis di Afghanistan dan Pakistan dan Obama berikrar tidak akan sekali-kali bertolak-ansur dengan golongan ini. Bahkan dia menyeru semua negara untuk berperang dengan golongan tersebut. Dengan bangganya Obama mengatakan bahawa dirinya telah mengumpulkan 46 buah negara untuk membantunya berperang di Afghanistan. Tidak cukup dengan itu, Obama telah (benar-benar) mengebom Pakistan, baik secara langsung mahupun tidak. Dalam hal ini, dia tidak merasa bersalah sama sekali, bahkan dia menilainya sebagai pembunuhan yang “mulia”, meskipun yang dibunuhnya itu kebanyakannya terdiri daripada kaum wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Sungguh, semua pembunuhan itu dapat disaksikan dengan jelas di Afghanistan.



Namun, tragedi pembunuhan wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua ini dijustifikasikan oleh tentera Obama sebagai suatu 'kesilapan', bukannya kesengajaan! Sekiranya pembunuhan kejam ini tidak tersiar, nescaya mereka akan mengatakan bahawa kesemua yang mereka bunuh adalah para ekstremis!

Sesungguhnya, setiap Muslim yang berpegang teguh dengan agamanya, yang tidak ingin negerinya diduduki dan dijajah oleh Amerika, atau seorang Muslim yang tidak ingin tempat-tempat sucinya dirampas oleh bangsa Yahudi, maka Muslim seperti inilah yang dinilai Obama sebagai seorang ekstremis! Meskipun telah jelas pelbagai kejahatan dan pembunuhan secara ganas yang terus-menerus dilakukannya di Afghanistan, Pakistan, dan Irak, namun Obama tidak henti-henti mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi Islam dan kaum Muslimin, seperti yang telah dia katakan di Turki. Sungguh benar sekali Rasulullah SAW yang telah memberi gambaran tentang siapakah manusia yang tidak tahu malu, dengan sabda baginda, “Jika kamu tidak tahu malu, maka berbuatlah sesukamu.” [HR Muslim].

Tentera Amerika telah melakukan pembantaian di negeri-negeri kaum Muslimin dan melancarkan peperangan kejam ke atas umat Islam siang dan malam yang mengakibatkan ribuan nyawa melayang dan jutaan orang menjadi pelarian meninggalkan negeri yang sebelumnya memberikan ketenangan dan keamanan kepada mereka. Namun demikian, Obama masih sahaja mengatakan bahawa dia tidak ingin memerangi kaum Muslimin.

Kemudian ketika Obama beralih ke isu Palestin di dalam ucapannya itu, dia dengan lantang dan berterus-terang mengatakan bahawa hubungan keselamatan dan hubungan lainnya antara Amerika dan Yahudi (yang telah merampas tanah Palestin) teramat rapat dan tidak dapat dipisahkan. Presiden AS itu dengan tegas menyatakan bahawa negara Yahudi harus tetap wujud di atas tanah yang didudukinya (Palestin) dan dia tidak akan menerima apa pun alternatif selain ini! Obama seterusnya menekankan solusi dua-negara (two-state solution), iaitu hak bangsa Yahudi atas sebahagian besar tanah Palestin, sementara tanah yang tersisa sedikit, jika pun ada, disebut sebagai ‘negara’ bagi warga Palestin. Kemudian dengan liciknya, Obama cuba ‘menarik’ sensitiviti umum, bahawa dia ingin menghentikan pembinaan penempatan Yahudi.

Obama sesungguhnya bukan bermaksud untuk menghapuskan penempatan Yahudi (yang sedia ada), cuma mahu menghentikan pembinaannya (yang baru) sahaja. Itu pun, dia hanya akan menghentikannya setelah puak Yahudi melihat tidak ada lagi tanah yang aman bagi mereka, kecuali dengan dibangunkan benteng dan istana. Keinginan menghentikannya itu pun tidak akan dilakukan begitu sahaja, tetapi mesti ada persyaratannya, iaitu umat Islam harus menghentikan setiap bentuk perlawanan dan permusuhan terhadap Yahudi, sebagaimana yang ditegaskan di dalam road map tajaan Amerika.

Obama seterusnya berucap tentang isu senjata nuklear di mana Iran menjadi fokus utamanya. Dia menginginkan rantau Timur Tengah yang bersih dan bebas daripada senjata nuklear dan tidak ada perlumbaan pembinaan senjata nuklear di dalamnya. Di sini, Presiden AS ini sama sekali tidak menyentuh entiti Yahudi walau sedikit pun, padahal dia tahu dengan jelas bahawa institusi Yahudi adalah negara berkekuatan nuklear. Meskipun semua ucapannya dipenuhi ancaman dan penentangan terhadap umat Islam, namun rejim Mesir telah menyambut baik si kafir ini, walhal dia datang dengan penuh kejahatan dan kelicikan dengan mulut yang manis. Semua ini dilakukan Obama demi menutup wajah hodohnya menumpahkan darah umat Islam yang tak berdosa di bumi Afghanistan, Irak dan Pakistan.

Rejim Mesir telah siap mengatur orang-orangnya yang akan bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas ucapan jelek, keji dan beracun ini, sehingga tergambar di sana adanya persetujuan dari orang-orang Mesir atas racun yang ditiupkan oleh Obama dalam ucapannya itu. Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang telah dirancang ini menjadi bukti bagi setiap insan yang celik. Bagaimana mungkin seseorang boleh memberi tepukan tentang solusi dua-negara? Apakah seorang Muslim boleh menerima, malah bersorakan dan memberikan tepukan gemuruh terhadap penyelesaian ‘membahagi-dua’ negara yang penuh barakah, tanah Israk dan Mikraj, antara pemilik yang hak dengan golongan kafir yang telah merampasnya? Bagaimana mungkin mereka bersorak-sorai dan memberikan tepukan, padahal Obama telah memalingkan ayat-ayat Allah dari maknanya yang sebenar, ketika dia menyebut Firman Allah,

“Barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan karena orang itu (membunuh) orang lain, atau bukan karena membuat kerosakan di muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya.” [TMQ al-Ma’idah (5):32].

Menurut Obama, ayat ini ditujukan kepada mereka yang disebut sebagai ekstremis Muslim! Padahal ayat ini merupakan ayat yang pertama kali diturunkan kepada Bani Israel. Namun, Obama menuduh seorang Muslim yang membela agamanya, keluarganya, dan memerangi orang-orang yang menyerangnya, sebagai telah membunuh semua manusia. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh entiti Yahudi, yang membunuh warga Palestin, merampas tanahnya, mengusir dari rumah-rumahnya, menodai kehormatan dan kesuciannya serta kerosakan demi kerosakan yang dilakukan Yahudi, maka semua itu di mata Obama bukan pembunuhan ke atas semua manusia! Begitu juga pembantaian yang dilakukan Amerika terhadap kaum Muslimin, di mata Obama juga bukan pembunuhan seluruh manusia.

Benarlah Firman Allah, “Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.” [TMQ al-Kahfi (18):5].



Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada orang yang mengatakan dengan jelas bahawa masalah di Palestin bukan disebabkan oleh penempatan sedia ada Yahudi, tetapi oleh sebab adanya pembinaan penempatan baru, (penempatan baru) inilah kononnya yang tidak sepatutnya ada!? Bukankah hanya talibarut rejim sahaja yang akan sanggup bersorak-sorai dan memberikan tepukan atas perkataan buruk dan keji Obama ini? Bagaimana mungkin mereka boleh memberi tepukan gemuruh kepada Obama yang dengan jelas mengumumkan bahawa al-Quds (Jerusalem) yang dibebaskan oleh Saidina Umar dan para panglimanya melalui perjanjian Umariyah, yang menetapkan bahawa tidak seorang pun Yahudi yang boleh tinggal di dalamnya, lalu dibebaskan pula oleh Salahuddin, adalah tanah air yang kekuasaannya dikongsi bersama antara kaum Yahudi, Kristian dan Islam? Padahal al-Quds (Jerusalem) sudah lama disandarkan kepada bangsa Timur dan tidak pernah dikaitkan dengan bangsa Barat! Sesungguhnya semua sorakan dan tepukan itu penuh dengan kedustaan.

Rejim Mesir tidak akan mampu menyembunyikan fakta ini, meskipun mereka menyiapkan pentas sandiwara yang hebat untuk Obama agar Obama dilihat sebagai seorang yang adil dan bertolak ansur. Rejim Mesir juga tidak dapat menyembunyikan dirinya sebagai penyembah Amerika daripada sekecil-kecil hingga sebesar-besar perkara walaupun ia (rejim Mesir) cuba menzahirkan kononnya ia berpandangan neutral terhadap Palestin dan Yahudi yang dianggapnya mempunyai hak yang sama, walhal hakikatnya adalah jelas bahawa ia (rejim Mesir) berpihak kepada Yahudi laknatullah!

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya Obama mendatangi kalian dengan “pakaian ibadah”, agar dia dapat memanfaatkan kalian, sementara kalian tidak merasa atau sedar bahawa kalian dimanfaatkan. Justeru, Obama sesungguhnya jauh lebih berbahaya daripada orang yang terang-terangan atau secara terbuka memusuhi kalian. Semua ini dilakukannya agar kalian sepakat menyerahkan urusan kalian kepadanya. Hakikatnya, watak Obama adalah saling tak tumpah dengan perwatakan Amerika di bawah Bush sebelumnya.

Sesungguhnya bagi Amerika, berada di bumi kalian terasa sangat sempit sekali, meskipun ia dikelilingi oleh golongan elit dan penguasa kalian yang merupakan talibarut mereka kesemuanya. Sesungguhnya Amerika berada dalam kepanikan dan ketakutan terhadap kalian meskipun mereka dilengkapi dengan persenjataan berat dan moden. Jika tidak demikian, tentu Amerika akan mengumumkan secara terbuka permusuhannya terhadap kalian. Dalam keadaan dia menceroboh dan membunuh saudara kalian di bumi kalian sendiri, Obama tetap ingin kalian bergembira dan memberikan tepukan kepadanya. Dengan menampakkan senyuman yang manis, Obama berusaha menarik rasa suka dan kesetiaan kalian kepadanya, seumpama kata pepatah, “Dia datang kepadamu dengan senyuman yang manis di bibirnya, sementara ia menerkammu seperti seekor serigala.”



Wahai kaum Muslimin! Obama tidak memilih untuk menjelajah ke negeri-negeri kalian tanpa pertimbangan. Dia memulainya dari Istanbul, melalui Jazirah Arab dan berakhir di wilayah Kinanah (Mesir). Dia tidak memilih semua itu secara rawak, namun dengan penuh kesedaran. Istanbul merupakan wilayah al-Fatih, ibu kota Khilafah yang pernah berdiri kukuh sebagai benteng daripada dominasi Yahudi ke atas Palestin.

Obama juga menyedari bahawa wilayah Jazirah Arab adalah wilayah ibukota Khilafah yang pertama, yang daripada sana Umar berjaya membebaskan al-Quds (Jerusalem). Dan Obama juga menyedari bahawa wilayah Kinanah (Mesir) adalah pusat kekuasaan Salahuddin, yang daripada sana Salahuddin membebaskan al-Quds daripada kaum Salibiyyin. Obama menyedari semua itu dan kerana itulah dia datang ke negeri-negeri tersebut membawa mesej untuk umat Islam bahawa era kemuliaan kaum Muslimin dahulu sudah lenyap dan berkubur. Kini, autoriti dan kekuasaan berada di tangan Obama dan sekutunya, serta di bawah hegemoni Amerika.

Sesungguhnya, kaum kafir penjajah lebih banyak mengetahui pusat-pusat kekuatan umat Islam daripada sebahagian kaum Muslimin sendiri. Mereka mempelajari sejarah kita, mempelajari agama kita, mengerti sumber-sumber kekuatan kita dan mengerti karakter terbaik yang dikembang oleh umat Islam.

Jadi, bukanlah suatu kebetulan apabila Obama menyebut Firman Allah, “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal...” [TMQ al-Hujurat (49):13].

Dan dia berhenti di situ, tanpa meneruskan hingga ke akhir ayat, iaitu, “...Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.”

Obama tidak menyebut tentang takwa yang akan menjadikan umat Islam paling mulia dan paling perkasa dan dengan ketakwaanlah umat Islam akan menjadikan Amerika dan pengikutnya sebagai umat yang paling rendah dan paling hina.

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya, Obama dalam ucapannya itu berusaha untuk memperlihatkan bahawa dirinya adalah pemimpin dunia. Untuk itu, dia menyiapkan bagi dirinya para penguasa boneka di negeri-negeri kalian, di mana penguasa-penguasa boneka tersebut memberinya sebuah mahkota melebihi apa yang dia inginkan. Mereka menyerahkan bumi berserta pelbagai kemudahan dan perhiasannya untuk Obama. Bahkan mereka memberi Obama beragam perhiasan dan kesenangan yang tidak mudah didapati oleh Obama di negerinya sendiri.

Keadaan Obama dengan para bonekanya ini tidak ubah seperti keadaan Fir’aun dengan kaumnya, “Maka Firaun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.” [TMQ az-Zukhruf (43):54].

Jika benar Obama adalah seorang yang cerdas dan pintar seperti yang terzahir daripada ucapannya, dia akan sedar bahawa sesungguhnya wilayah Istanbul, wilayah Jazirah, dan wilayah Kinanah (Mesir) tidak pernah menerima, apalagi menyambutnya.

Jika Obama seorang yang bijak, dia pasti sedar bahawa orang yang menyambutnya hanyalah sekumpulan para pengkhianat daripada rejim-rejim yang tidak lama lagi akan disingkirkan daripada kehidupan kaum Muslimin. Obama juga pasti sedar bahawa segala keindahan kata-kata dan pernyataan dusta yang dilontarkan di dalam ucapannya, tidak akan mampu mempengaruhi umat Islam yang ikhlas dan berakal yang benar-benar mengerti akan apa yang dizahirkan dan disembunyikanya.

Sesungguhnya sorak-sorai dan tepukan gemuruh yang didengarnya itu, semuanya ini tidak datang kecuali daripada orang-orang hina yang telah siap dibayar oleh penguasa rejim yang menganjurkan sambutan keji tersebut.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir mengumumkan kepada Obama dan kepada dunia, bahawa Islam memiliki para pejuang yang akan menegakkan Daulah Khilafah yang akan lahir semula menjadi negara nombor satu di dunia. Bukan dengan cara mengekploitasi dunia, menjajah, dan merampas kekayaannya, namun, Daulah Khilafah akan datang untuk menegakkan keadilan, menghapuskan kezaliman, mengembalikan setiap hak kepada yang berhak, kemudian akan mengusir Amerika agar kembali ke rumahnya sendiri dalam keadaan hina-dina dan lemah tidak berdaya.

Daulah Khilafah seterusnya akan menghapuskan kaum Yahudi laknatullah yang telah merampas tanah yang diberkati Palestin, sehingga semua negara umat Islam akan kembali bersatu dan berdiri teguh menjadi bahagian dari Negara Islam. Bumi akan kembali bersinar dengan tegaknya Khilafah dan kebaikan akan tersebar dan dinikmati di seluruh penjuru dunia. “Dan Allah berkuasa terhadap (wujudnya) urusanNya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” [TMQ Yusuf (12):21].



Sumber: Hizbut Tahrir

KENAPA ILLUMINATI TAKUT PADA MELAYU ?

Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya komunis dalam perjuangan kita dalam usaha membangkitkan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan kepada dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara,para Mufti Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini.Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library),terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini.Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka.Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis,Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam ‘inner circle’ supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur.Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA.Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.


Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka,namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu,ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau,kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh.Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan,ini kerana di Indonesia,suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak.Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu.Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik ‘Divide and Rule’ dapat dilaksanakan!

Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di ‘Semenanjung Tanduk Emas’ yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah.Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan.Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri.Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa,dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu.Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu,wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu.Mengapa Cina dan India?Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin.Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati ‘Ordo Ab Chao’ iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.


Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu.Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil ’secret societies’ Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason.Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap,inilah masanya untuk bermain api.Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja.Contoh yang terbaik ialah di Perak,negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut,mengakibatkan British campur tangan di Perak.Taktik ini juga digunakan dikesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.LIHAT,YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH MELAYU,TETAPI ORANG LUAR.Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah.Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka,maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.Perhatikan,British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina,tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian,strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Lihatlah taktik Illuminati-Inggeris ditempat-tempat lain.India misalnya,raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan.INGAT RAJA-RAJA MELAYU!FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU.Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai.Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan ‘muzium hidup’ di Indonesia.Kesultanan Sulu sudah lama pupus.Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei.Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka.Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal.Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja,China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu,hanya Hong Kong dijajah British).


Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Pasifik,kesemuanya menjadi jajahan total mereka,namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai ‘negeri naungan Ratu Inggeris’.Mengapa?Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah.Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka.Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung,sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran ‘Sultan’ atau ‘Pemerintah’ walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British,dengan kata lain adalah jajahan mereka.PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI.Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini.Jika tersilap perancangan,maka akan terangkatlah satu kuasa misteri terahsia bangsa ini.Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang.Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih.Kuasa ini boleh ditidurkan.Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah ‘masterpiece’ yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand?Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah?APA RAHSIANYA?


Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun.Ini diakui oleh para penjajah mereka.Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini,betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri,organisasi masyarakat yang tersusun,kostum dan pakaian yang kemas,cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam?!Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang!Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno.Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karakter sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara,apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis,menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam ‘Holy Scriptures’.


“Cepat cari bangsa itu,Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!”


Sebab itu di dalam buku-buku sejarah,orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur,dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand.Amerika,Afrika dan India bukanlah tujuan mereka.Itu adalah ‘rezeki terpijak’ dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri.Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan.Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA.Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka,organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu tetapi gagal.Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand.Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain,jika tidak diperlukan maka ‘habis madu sepah dibuang’).Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka.Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka.NAMPAKNYA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM.Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis.Setelah mempelajari karakter bangsa Melayu,maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN.SEbab itu Inggeris lebih ‘beradab’ melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan lain.Melayu nampaknya lebih di’manjakan’ Inggeris terutama golongan bangsawan,para kerabat diraja dan sultan-sultan.Peristiwa pemberontakan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karakter orang Melayu.Sebab itu Hugh Low dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu.Di satu ketika,British menggunakan kekerasan,di satu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan.Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan,membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India.PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka.APA RAHSIANYA?


DAJJAL LAKNATULLAH TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MALA DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM ‘HOLY SCRIPTURES’ SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S
Melalui ’secret societies’ di China dan England,Dajjal The AntiChrist telah merangka plan jangka panjang untuk menawan Nusantara.Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang plan Illuminati-Zionis dalam merangka plan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel,tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang plan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura.INILAH PLAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI.


Kongsi-kongsi Gelap Cina


Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society.Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association.Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925).Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya.Merentasi sejarah China,hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap.Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya,untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.


Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan ’secret societies’ di Eropah dimana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit,kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan.Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama ‘The Hidden Hand’ mahu mempergunakan orang-orang Cina.Mereka dijadikan ‘pawn of the game’ dalam usaha ‘The Hidden Hand’ mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.


ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.

Jika peperangan terjadi,orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUK DAN PARANG TERBANG Melayu.Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya,Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai plan untuk membuat ‘counter attack’.

Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA.Sikap mereka misteri dan pendiam.Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu,diprovok atau diusik sensitiviti mereka.TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan ‘psycho’.Apabila sampai satu tahap,ALTER AMUK mereka akan meletus.Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka.Dari mana perkataan ‘amok’ dalam bahasa Inggeris diambil?Lihat,bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan ‘amuk’ dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.

Alter amuk adalah seolah-olah ekslusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu.JIka kita lihat di Barat,sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain.Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini.Istimewanya,mereka pandai mengawal dan menggunakannya.Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan kauvinis dapat hidup di bumi mereka.

JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA,TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.

Ingat,orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan.Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light,Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.

Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu.Pertamanya,majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat,jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan.Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini.Keduanya,siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama),khasnya di Tanah Melayu?Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI.Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris ‘menculik’ rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.

Rakyat China miskin yang ‘innocent’ tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka.Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei,menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis,mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan.Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat,juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.

Budaya-budaya komunisme ini juga cuba di selitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita! Jangan berpecah belah kembalilah ke pangkal jalan… ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka?

Perjuangan kita kerana Allah bukan kerana Duit.

2012


Assalamualaikum wbt diucapkan kepada pengunjung blog ini terutamanya warga UIA.. Pada 2 hb 11 yang lalu telah berlangsungnya Perasmian Star Seeker Week..

Pada malam tersebut telah diadakan satu perbincangan yang tentang ‘2012’ dan telah disampaikan oleh Ust. Muhamad Syaari bin Ab. Rahman.

Program yang bermula dengan perasmian ‘Star Seeker Week’ oleh Presiden Persatuan Pelajar Pre-Sains @ PRESSS (Pre-Science Students' Society) dan kemudiannya disambung dengan perbincangan konspirasi dunia 2012 telah menyebabkan ruang dewan Al-Malik Faisal dipenuhi dengan pelajar..


Bermula dengan Video Show filem ‘2012’ dan kemudiannya lemparan persoalan (hypothesis) kepada pelajar CFS telah membuatkan pelajar-pelajar khusyuk dan kaku mendengar perbentangan tersebut. MR yang berada dalam dewan tersebut juga agak teruja dengan penemuan tersebut.. MR ada juga membuat kajian tentang Illuminati dan Freemason seperti yang telah dibentangkan oleh penceramah. Namun, paluan-paluan persoalan yang telah ditanya oleh perceramah kepada pelajar terutamanya MR sendiri telah membuatkan MR semakin addicted dalam membuat kajian ini.

Kepada pelajar yang tidak dapat hadir dalam talk tersebut, anda bolehlah melayari blog Ust Syaari di http://rijal82.blogspot.com/2009/11/2012-janjikan-propaganda-tersirat.html.

Insyallah kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang konspirasi-konspirasi yang sedang@sudah@akan berlaku di sekeliling kita, insyallah MR akan kongsikan bersama andai MR ada masa terluang.. Maklumlah, MR juga pelajar seperti kalian dan MR harus bagi komitmen dalam pembelajaran. Nasihat dari MR (insan yang sedang belajar), sama-samalah kita melatih fikiran kita untuk berfikiran kreatif dan kritik supaya akal kita sentiasa berfikir. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara khusus ataupun tidak dalam program ini.. Selamat Berjuang..

Keganasan Taliban ancam Pilihan raya Presiden Afghanistan

Diambil dari: Berita Harian


KABUL: Serangan yang dilakukan Taliban terhadap petugas pilihan raya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melemahkan keupayaan pertubuhan itu membantu Afghanistan menjalankan pilihan raya negara itu yang hanya berbaki 10 hari lagi.

Walaupun PBB berkeras pihaknya tidak terjejas daripada serangan itu, satu lagi serangan besar boleh mempengaruhi pertubuhan itu yang terhad dalam memastikan proses pengundiaan yang adil dilaksanakan dan kekal berada di negara itu.

Kebanyakan petugas antarabangsa PBB di Afghanistan diarahkan tidak keluar dari rumah semalam, sehari selepas pengganas menyeru penempatan hotel petugas PBB, membunuh lima daripada mereka, termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS).

p/s: Mengikut dari Berita Harian, mereka sekarang telah melabelkan Taliban sebagai pengganas.. Mengikut dari pemerhatian dari MR, Taliban juga memperjuangkan persatuan Islam. Jadi, kita dapat tafsirkan yang berita harian telah mengkambing hitamkan orang yang hendak memperjuangkan ISlam.. Ramai yang sedia maklum, Berita Harian adalah pro-kerajaan, jadi bolehkah kita tafsirkan yang kerajaan(sebilangangannya) juga sedang mengkambing hitamkan pejuang Islam? MR bukan hendak berpolitik cuma sekadar hendak berkongsi bersama masalah negara yang sedang 'AMAN' ini.. Inilah konspirasi yang telah ditimbulkan oleh Persatuan Dajjal Al-Masih dan berjaya mempengaruhi pemikiran orang kita...

Kerajaan Bakal Perkenalkan TV Islam

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini pada peringkat akhir sebelum

melancarkan sebuah saluran televisyen Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Katanya, saluran televisyen itu diyakini akan memberikan satu dimensi baru dalam mendidik masyarakat untuk membangunkan keluarga mengikut landas agama kerana keseluruhan kandungan bersandarkan syariat Islam selain mengambil kira faktor budaya dan tatasusila ketimuran.

"Kerajaan berpandangan saluran yang bakal diperkenalkan itu akan memberi satu pilihan kepada rakyat dengan pengisian dan seluruh bentuk kandungannya mengambil kira faktor budaya ketimuran dan tatasusila dengan aspek syariat dijaga sebaiknya.

"Kita sudah bertemu dan berbincang dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, dan beliau telah menyatakan persetujuan dan kini kita dalam proses akhir menyelesaikan beberapa masalah terutamanya dari aspek teknikal seperti frekuensi dan saluran mana ia akan disiarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pendakwah Negara dan Pelancaran Radio Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini, hari ini.

Beliau berkata, masalah teknikal telah merencatkan usaha kerajaan untuk melancarkan saluran ini secepat mungkin kerana frekuensi yang ada untuk siaran tanpa bayar ketika ini telah penuh dan ini memerlukan beberapa perubahan dilakukan bagi membolehkan saluran tanpa bayar ini dapat diudarakan.

"Kerajaan boleh udarakan saluran tersebut di stesen berbayar tetapi sebaliknya berhasrat seluruh lapisan masyarakat boleh mengikutinya kerana jika berbuat demikian (berbayar) khalayak yang menontonnya akan terbatas," katanya.

Ditanya apakah rancangan keagamaan yang disiarkan ketika ini tidak memenuhi hasrat kerajaan, Jamil Khir berkata jumlah siarannya agak terhad iaitu setakat 10 hingga 18 peratus daripada jumlah kandungan rancangan yang disiarkan mereka.

Katanya, saluran yang bakal dilancarkan ini akan menampilkan keseluruhan kandungan yang mengambil kira aspek tuntutan syarak terutamanya dalam memberikan mesej kepada masyarakt Islam dan bukan Islam.

"Saluran ini juga akan memberikan mereka ruang dan panduan bagaimana membangunkan keluarga kerana nilai-nilai sejagat dan umum yang ada pada Islam asasnya turut boleh diterima masyarakat lain," katanya.

Katanya, nilai dan keindahan yang ada dalam Islam boleh diterima semua orang tetapi yang perlu diutamakan adalah bagaimana hendak mengangkat dan menterjemahkannhya dalam bentuk penyiaran melalui televisyen yang dicadangkan itu.

Saluran TV Islam milik penuh kerajaan itu akan dikendalikan Jakim kerana mereka berpengalaman dalam menerbitkan rancangan bercorak keagamaan selain mempunyai kelengkapan asas untuk mengendalikan sebuah saluran televisyen.

"Semua persiapan asas untuk penerbitan rancangan TV itu telah dibuat manakala Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) Jakim juga mempunyai kelengkapan yang diperlukan selain bahagian ini berpengalaman menerbitkan beberapa rancangan seperti Forum Perdana dan Bicara Mufti," katanya.

Berhubung pelancaran Radio Malaysia Jakim (SalamFM), Jamil Khir berkata ia memberikan wadah baru kepada Jakim untuk melebarkan ruang dakwah mereka tetapi ia tetap bergantung kepada kandungan dan cara penyampaian juruhebah ketika mengendalikan rancangan.

Oleh itu, beliau telah meminta Jakim menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantapkan kandungan rancangan.

"Walaupun radio ini berfungsi bermula tengah malam dari 1 hingga 8 pagi tetapi saya saya percaya peminat tetap menantikan sesuatu siaran baru sekiranya isu yang dibicarakan itu berupaya menarik perhatian," katanya.

SalamFM telah memulakan siaran percubaan pada 15 Februari lalu dari Wisma Radio Angkasapuri dan telah ke udara secara rasmi sejak 1 Mac lalu dan berjaya menerbitkan lebih 40 buah rancangan pelbagai bentuk.

Setakat ini SalamFM hanya boleh didengari di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

Seluar panjang haram di Aceh

Sumber: Kosmo



GAMBAR fail menunjukkan beberapa wanita berjalan di Masjid Baiturrahman, Aceh.


BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Seluar panjang yang dipakai oleh wanita itu akan digunting menjadi helaian kecil

"Jika didapati ada wanita yang ingkar, seluar mereka akan digunting serta-merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat," kata ketua daerah itu, Ramli Mansur.

"Peraturan itu bukan sahaja untuk golongan wanita, malah lelaki turut dilarang memakai seluar pendek," tambahnya.

Namun, peraturan itu akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam dan dilaksanakan berdasarkan cadangan daripada ulama.

"Kami masih menghormati hak penduduk bukan Islam dan mereka tidak perlu bimbang," kata Ramli.

Menurutnya, seluar panjang boleh dipakai di dalam skirt selagi tidak ada bahagian buku lali yang terdedah.

"Kami tidak akan menghalang wanita daripada memakai seluar panjang. Apa yang dilarang ialah seluar panjang ketat dan jean.

"Jika mereka terpaksa memakai seluar panjang, ia perlu melindungi buku lali dan dipakai dalam skirt labuh," katanya.



p/s: Alhamdulillah dah ada perubahan kepada yang baik... Malaysia plak bila ya?

Lego menghina nabi muhammad !!!!!!






Sesuatu perkara yang mungkin kita pernah dengar, nampak, baca atau miliki. Namun dimana silapnya sehingga ke hari ini belum ada pihak tertentu mahupun parti politik yang berjuang berlandaskan ISLAM bangkit menentang kebiadaban SYARIKAT LEGO ini. Berbekalkan kebiadaban ini, maka pusat permainan dan taman tema LEGO akan dibina di kawasan Iskandar Malaysia sedikit masa lagi... apa sudah jadi????

Ni antara email yang pernah di Forwardkan oleh rakan-rakan yahoo suatu ketika dahulu... baca la yer


Boikot, jangan tak boi kot demi ke sucian Agama Islam dan Nabi kita Muhamad S.A.W. Barang sesiapa yang ada connection dengan Kementerian Perdangangan, minta usakan untuk menyekat Barangan Lego diimport dan dijual di negara kita Malaysia . Kalau boleh sebarkan ke negara islam selurih dunia untuk menyekat sikap biadab ini.


Kawan-kawan sekelian,



ni lah satu-satu contoh msg yang seharusnya kita ' on the spot 'forward kat kat saudara-saudara se muslim kita. Ia nya tidak mengandungi unsur-unsur fitnah untuk menjatuhkan sebarang individu atau sesuatu organasasi.

Kita semuanya sudah maklum betapa kerasnya permusuhan kerajaan Denmark terhadap Islam. Khasnya dalam kontek memperlekehkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seorang manusia yang termulia, diberi kitab termulia, dalam bahasa termulia, di tanah termulia di muka bumi.

Benarlah Kalamullah ' wa lan tar dha ankal yahudu wa laan nasaara hatta attabia millahum '


!!!STOP BUYING LEGO PRODUCT!!!

Takbir! Takbir! Takbir!!!!!

refer to the latest lego collection recently launched in denmark , i wish we could start thinking about that. Please inform our malaysian muslim to top buying and boycott all lego products. Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini.

Betulkan niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T

Added by: MR

FEMINA 09 lancar kelab "SAHABAT KARTIKA"

bismillah..

PETALING JAYA 15 okt 3.30 p.m ; Isu KARTIKA terus mendapat perhatian warga kampus Universiti Malaya apabila Festival Mahasiswi Universiti Malaya (FEMINA 09 ) hari ini melancarkan kelab ‘Sahabat Kartika’sebagai tanda sokongan warga kampus tersebut terhadap keputusan KARTIKA.

Shahrizul Ayuni Zulkiply berkata penubuhan kelab ‘sahabat kartika ‘ ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin sokongan masyarakat kampus kepada KARTIKA.

“Kita mengharapkan seramai mungkin masyarakat kampus untuk turut serta dalam kelab ‘Sahabat Kartika’ ini sebaga tanda sokongan kita terhadap keputusan yang dibuat oleh kartika”

‘Selain itu,ianya juga adalah manifestasi senstiviti kita terhadap pelaksanaan hukuman mahkamah syariah secara serius di Malaysia ini.”Tambahnya lagi.
IMG_8212 [800x600]
Pengarah FEMINA 09 tersebut juga menyatakan bahawa Kartika merupakan salah seorang ikon wanita tabah yang boleh dikagumi masyarakat hari ini.

Kartika dihukum denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

keputusan Kartika Sari Dewi Shukarno yang bertegas memilih pelaksanaan hukum sebat terhadap dirinya selepas mengaku bersalah meminum arak mengundang kontravasi media apabila banyak pihak memintanya memohon rayuan untuk tidak dikenakan hukuman tersebut.

Walaubagaimanapun, model sambilan tersebut bertegas dengan keputusannya untuk tidak memohon rayuan.

Kelab ‘SAHABAT KARTIKA ‘ tersebut yang mula dilancarkan bermula pukul 1 tengahari tadi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila mengumpulkan seramai 390 orang sehingga pukul 3 tadi dan dijangka akan mencecah 800 orang sehingga petang ini.

Kelab ini akan terus dibuka kepada warga kampus sepanjang Festival FEMINA 09 ini berlangsung.

Dalam perkembangan berkaitan,demonstrasi perbezaan antara pelaksanaan hukuman sebatan mahakamah sivil dan mahkamah syariah turut diadakan hari ini bagi menyedarkan warga kampus berkenaan isu sebatan tersebut.-Mahasiswakini

Facebook Membunuh Rakyat Palestin?


Shared by : Mickhail
www.iluvislam.com

Kini, anak kecil yang dibangku sekolah rendah pun sudah tahu menggunakan perkhidmatan internet, kerana segalanya di hujung jari. Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun di tanya, "Mengapa guna internet? Adakah sebarang kerja sekolah yang diberi oleh guru yang memerlukan adik untuk menggunakan internet?" Balasnya, "Tidak. Saya nak tengok gambar kakak dan abang saya di luar negara sana." Ditanya kembali, "Bagaimana?". Di balas, "Tengok dekat Facebook atau Friendstermereka." Zaman ini amat mudah. Walau jauh beribu kilometer, jika rindu, hanya sekali klik dan beberapa taipan di papan kunci (keyboard), rindu yang terpalit di hati pasti terubat.

Facebook. Jika ada yang tidak pernah dengar perkataan tersebut, agak mustahil. Tetapi, jika ada yang tidak mempunyai akaun pada laman tersebut, bukanlah suatu yang pelik. Jika dulu, kalau orang bertanya, kenapa diri tak punya akaunFacebook? Mungkin ada yang menjawab, "tak perlu sangat kot." Tapi kini, jika soalan yang sama di ajukan, ada yang menjawab dengan jawapan yang agak simbolik, "sebab tak nak bunuh orang Palestin!". Bagi mereka yang tidak tahu hujung pangkal, pastinya pernyataan tersebut akan membawa kepada seribu satu persoalan, yang seharusnya dirungkaikan satu demi satu.

Semua sedia maklum bahawa laman tersebut di asaskan oleh seorang anak muda berbangsa Yahudi-Amerika, iaitu Mark Zuckerberg. Mengupas peribadi beliau, beliau ialah salah seorang pelajar yang pernah menuntut di universiti yang terulung di dunia, iaitu University Harvard. Namun begitu, di atas kesalahan yang yang telah dilakukan oleh beliau, akhirnya, beliau telah meninggalkan zaman pengajian beliau di institut pengajian tersebut.

Apa yang menyebabkan terdapatnya dakwaan yang mengatakan Facebook memberi sumbangan kepada pembunuhan rakyat di Palestin adalah kerana Mark, sebagai CEO, merupakan salah seorang ahli aktif di dalam Alpha Epsilon Pi Fraternity(AEPi). AEPi adalah sebuah persatuan yang di anggotai oleh mereka yang berketurunan Yahudi Amerika Utara. Fungsinya lebih kurang sama seperti persatuan-persatuan biasa lain, dan diantaranya adalah menjaga kebajikan ahli-ahli. Berdasarkan kepada laman AEPi, persatuan ini sering memberi bantuan dari segi kewangan kepada beberapa pertubuhan yang menyokong kepada Israel. Salah sebuahnya adalah American Israel Public Affairs Committee (AIPAC).

AIPAC secara umumnya adalah sebuah jawatankuasa yang membantu Israel supaya sentiasa mendapat sokongan kuat daripada Amerika. Antara kejayaan yang telah dibawa oleh AIPAC termasuklah membuat beberapa resolusi bagi menyokong dan mempertahankan hak Israel dalam menghadapi puak terrorist, yang dinamakan mereka sebagai Hamas dan Hizballah[1]. Sebagaimana kita mempercayai dan meletakkan harapan yang tinggi kepada para remaja/ belia, begitu juga dengan mereka. Pertubuhan ini percaya bahawa kunci kepada kekukuhan hubungan US-Israel pada masa hadapan adalah dengan mendidik para pemimpin belia yang ada hari ini. Justeru itu, mereka mewujudkan ‘AIPAC on Campus'. Program latihan AIPAC (AIPAC's training program) bekerjasama dengan sekolah-sekolah tinggi (high school), dan pelajar-pelajar universiti (sama adaundergraduate ataupun postgraduate) dalam melatih para pelajar bagaimana untuk mengukuhkan hubungan US-Israel melalui penglibatan di dalam bidang politik[2]. Program ini dinamakan sebagai AIPAC's Political Leadership Development Program. Pemimpin-pemimpin muda ini juga akan turut dilatih untuk menjadi seorang yang pro-Israel[3]. Disebutkan juga di dalam laman web AEPi, bahawa ramai pemimpin terbaik AEPi bergiat aktif dalam AIPAC di kampus mereka[4]. Melalui penerangan-penerangan diatas, dapat dilihat bahawa terdapat kerjasama di antara AEPi dan AIPAC.

AEPi juga adalah sebuah pertubuhan yang memerlukan komitmen daripada ahli-ahlinya sepanjang hayat. Alumni AEPi adalah antara mereka yang akan memberikan sumbangan kepada pertubuhan ini sama ada dari segi kewangan, mahupun kepakaran[5]. Disebabkan hal ini, ada pihak yang mendakwa bahawa Mark Zuckerberg, sebagai salah seorang alumni AEPi, secara tidak langsung terlibat dalam menyediakan ‘kemudahan' kepada pihak Israel untuk terus menyerang Palestin.


Jadi, bagaimana pula Facebook boleh menyumbang kepada Israel sedangkan ianya hanyalah sebuah laman yang menawarkan perkhidmatan percuma kepada pengguna yang mahu mendaftar? Dari mana datangnya sumber kewangan Facebook seperti yang diwar-warkan? Sebagaimana laman web lain yang menyediakan bahagian untuk pengiklanan di laman mereka, begitu juga dengan Facebook. Melalui iklan-iklan tersebut, secara tidak langsung akan menjana pendapatan kepada Facebook. Apabila sesuatu iklan dipaparkan di sebuah laman web, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan iklan tersebut perlu membuat bayaran diatas ruang yang di'sewa'. Terdapat beberapa sistem yang digunakan sebagai cara bayaran bagi sesebuah iklan di Facebook[6]. Salah satu sistem yang digunakan adalah Pay per click (PCP)[7]. Melalui sistem ini, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa iklan berdasarkan bilangan kunjungan yang diterima oleh sesebuah laman, melalui iklan yang di paparkan. Jika banyak kunjungan yang diterima, maka bayaran yang akan diterima oleh pemilik ruang sewa juga akan meningkat. Sistem lain yang digunakan adalah Pay per Impression[8]. Bagi sistem ini pula, pemilik ruang sewa akan dibayar sewa bagi setiap kali iklan dipaparkan di laman mereka. Terdapat laman web yang menggilirkan paparan iklan di laman mereka disebabkan oleh banyaknya mendapat tempahan iklan dengan keadaan ruang sewa yang terhad. Maka, di dalam suatu masa, hanya beberapa iklan sahaja yang akan dipaparkan.

Berdasarkan kedua-dua sistem pengiklanan ini, kedua-duanya akan memberi manfaat kepada pemilik ruang sewa, tambahan pula, jika laman tersebut sentiasa mendapat kunjungan yang ramai daripada para pengguna internet. Ianya dapat dilihat di laman tersebut sendiri. Facebook menawarkan harga pengiklanan serendah US $1 satu hari[9]. Jika satu hari 100 orang pengguna Facebook tertarik dengan iklan yang dipaparkan di Facebook, dan langsung mengambil langkah untuk ke laman web tersebut, maka, akan menyumbanglah dia kepada peningkatan ekonomi Facebook.

Selain itu, Facebook turut menjana ekonomi dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalamnya. Bagi setiap aplikasi yang direka dan dihantar oleh pengguna, Facebook mengenakan bayaran terhadapnya. Bayaran tersebut tertakluk kepada status penghantar aplikasi, seperti golongan pelajar sama ada golongan bekerjaya. Harga yang paling rendah ditawarkan adalah kepada golongan pelajar iaitu sebanyak $175[10].

Seperti mana laman-laman web yang terdapat di alam maya ini, Facebook juga berhak mendapatkan keuntungan diatas perkhidmatan yang telah mereka berikan kepada masyarakat, terutamanya para penggunanya. Ada sesetengah pihak yang menggunakannya sebagai salah satu cara untuk mengekalkan hubungan dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Malah, ada juga segelintir yang menjadikannya sebagai medan dakwah. Walaupun sepotong ayat ditulis, jika dicampakkan oleh Allah hidayah ke dalam hati seseorang, tidak mustahil dakwah itu akan menampakkan kesannya, walaupun ada yang mengatakan alasan dakwah itu sebagai yang lapuk.

Orang-orang awam dan pengguna seperti kita, sukar untuk mengetahui kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat. Satu demi satu maklumat dicungkil untuk melihat perkaitan Facebook dengan organisasi-organisasi yang terlibat dalam usaha ‘menghilangkan' Palestin daripada peta dunia. Hakikatnya kita hanyalah pengguna Facebook yang berusaha untuk memanfaatkan kemudahan yang ada. Juga, jika ketika sesi pendaftaran pengguna (user sign up) dilakukan, tertulis disitu ‘Facebook menyokong Zionisme', adalah suatu yang mustahil pengguna Facebook akan meningkat kepada angka yang ada seperti hari ini[11].

Hari ini, jika di lihat dan di cari melalui enjin pencari (search engine), banyak dakwaan yang menunjukkan hasil ekonomi yang diperoleh daripada Facebook menyumbang kepada Zionis yang bertapak di Israel. Antaranya adalah apabila Mark Zuckerberg turut tersenarai sebagai selebriti yang hadir ke perayaan sambutan ke-60 Israel pada tahun 2008[12]. Bagi menentukan kebenarannya, tentu sahaja bukan mudah, kerana seseorang mampu untuk berbuat apa sahaja bagi melindungi diri sendiri. Namun, kita sedar bahawa pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin. Apa yang perlu ialah sentiasa berhati-hati. Gunakan Facebook sebaik mungkin. Jika dakwaan mengatakan hanya dengan sekali log in, kita telah menyumbang kepada kekayaan Facebook, maka, kurang kan ‘kemasukan' kita ke dalam Facebook. Apabila benar-benar terasa ada kepentingannya, barulah log in. Jika terasa tidak bertambah amal dalam diri, elakkan daripada melakukannya. Hal ini adalah kerana, segala perubahan terletak pada diri kita. Masih banyak urusan di luar sana yang perlu kita lakukan, selain untuk selalu log in ke dalam Facebook.

Kata-kata yang dipetik daripada pencarian di internet hari ini, ‘log out and get a life outside there... see the skies!'

Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu[13].

Untukku Dan Mereka Yang Bergelar Pemuda


Shared by :
Mickhail

www.iluvislam.com


Aku, engkau dan kami adalah aset yang berguna untuk masyarakat, kitalah pemimpin di masa hadapan. Kitalah generasi pengubah dan pendidik masyarakat.

Penuhilah diri kamu dengan ilmu dan akhlak, untuk bekalanmu dalam memimpin generasi masa depan. Maka aku ingin menasihati diriku dan mereka yang sewaktu denganku,

1.Taatilah Allah dan RasulNya dan jauhilah apa yang dilarangnya.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ، ورجل قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ، ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناهمتفق عليه


Dari Abu Hurairah r.a. , Nabi SAW bersabda ”Ada tujuh golongan manusia yang akan dilindungi Allah dengan lindungannya pada hari tiada lindungan lain kecuali lindungannya sahaja iaitu :- Pemimpin yang adil, pemuda yang membesar dalam keadaan mengabdikan diri kepada Allah, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua lelaki yang berkasih sayang hanya kerana Allah bertemu dan berpisah hanya keranaNya, seorang lelaki yang digoda oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi lelaki iti menolak dengan berkata sesungguhnya aku takutkan Allah, seorang lelaki yang merahsiakan sedekahnya sehingga tidak diketahui oleh orang lain dan seorang lelaki yang duduk menyendiri munajat kepada Allah lalu mengalirkan air matanya. [Muttafaqun Alaih]

Sabda Rasul Allah SAW yang bermaksud “Sesungguhnya Allah sangat-sangat kagum kepada pemuda/remaja (termasuk pemudi) yang tidak ada (mengalami) keruntuhan akhlak/moral pada dirinya”.(HR. Ahmad & Abu Ya’la).

2. Ambillah segala kesempatan di zaman mudamu ini dengan memenuhi setiap masa lapangmu dengan ilmu.

قال النبي صلى الله عليه وسلم . : إغتنم خمسا قبل خمس : (1) شبابك قبل هرمك . (2) وصحتك قبل سقمك . (3) وغناك قبل فقرك . (4) وفراغك قبل شغلك . (5) وحياتك قبل موتك رواه الحاكم في المستدرك،341،4، من حديث إبن عباس رضي الله عنهما


Sabda Rasulullah yang bermaksud : ”Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa mudamu sebelum datang masa tuamu. Kedua : masa sihatmu sebelum sakitmu. Ketiga : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin)mu. Keempat : masa lapang sebelum tiba masa sibukmu. dan kelima masa hidupmu sebelum tiba masa matimu.” (riwayat al-Hakim dalam Mustadraknya). Hadis Ibnu Abbas r.anh.

3. Jagalah kehormatan dirimu dan jauhilah zina.

يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ البَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ، وَأَحْصَنُ لِلْفَرجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِيعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وَجَاءٌ». رواه البخاري ومسلم


“Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu baginyabenteng nafsu” .(Hadith riwayat Muslim).

Pemuda dan Dakwah Islam.

http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/rushdina/brotherhood.jpg

قال صلى الله عليه وسلمأوصيكم بالشباب خيراً. فإنهم أرق أفئدة.. لقد بعثني الله بالحنيفية السمحة.. فحالفني الشباب وخالفني الشيوخ “. رواه البخاري


Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].

Rasul Allah SAW berumur 40 tahun ketika wahyu diturunkan, dan ketika itu umurnya mencapai kesempurnaan pemuda. Begitu juga khulafa yang empat, dan Ali merupakan pemuda yang paling muda antara mereka. Dan disusuli oleh baki 6 pemuda lain yang dijanjikan syurga. Dan baki sahabat-sahabat baginda yang lain.

Duhai pemudaku, mereka ini ialah generasi pertama dalam penyebaran dakwah Islam. Kalian semua mengetahui dari buku-buku sejarah, bahawa dua empayar besar, Rom dan Parsi jatuh menyembah bumi, tunduk pada keadilan Islam di tangan mereka.

Begitu juga dengan Syam, Mesir, Tripoli, Damsyik dan Maghribi, semuanya tunduk di bawah tangan pemuda Islam. Dan dakwah ini tersebar hampir 2/3 dunia meliputi Sepanyol yang terletak di Barat Eropah, sebahagian besar India, Turkistan dan sempadan China di Timur sehingga seorang Khalifah Abbasiyah, Harun Al-Rasyid berkata kepada awan ”Turunlah di mana sahaja kamu mahu, sesungguhnya hasil keluaranmu akan kembali kepada kami“.

Semua ini tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda hasil didikan Rasul SAW.

Ya Allah, sediakan bagi umat ini, para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu dari kami. Orang-orang yang menjaga ilmu-ilmu warisan Nabi kami, mengembalikan daulah Kami, kemuliaan dan keagungan ummat Kami.

Kita dan pemuda.

Hari ini masjid kita tidak mesra pemuda. Masjid kita meminggirkan orang muda, bahkan kanak-kanak. Masjid kita barangkali hanya untuk orang-orang tua atau dalam ertikata lain ”daun yang bakal layu esok hari“.

Kita tinggalkan anak-anak kita di belakang saf dengan dunia mereka sewaktu kita berjumpa Allah. Malah yang lebih teruk, ada “lebai” yang tinggalkan anaknya di rumah. Si ayah alim dan hebat di masjid, tetapi dalam waktu yang sama lupa pada anaknya di rumah.

Kita sering bicara hal-hal lain, tetapi jarang sekali kita bicara tentang masalah pemuda, tentang keruntuhan akhlak di kalangan pemuda kita. Usahkan berdiskusi tentang masalah pemuda, kita biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka dan kita dengan dunia kita sehingga wujud perbezaan ketara antara golongan tua dan muda.

Ada ayah yang menegur anak-anak mereka, tapi mereka ego dengan umur dan pengalaman mereka. Remaja yang menegur golongan tua dikatakan kurang ajar. Golongan muda dan tua tiada bezanya, kecuali umur mereka sahaja.

Remaja berbuat maksiat dapat dosa, dan golongan tua berbuat maksiat juga dapat dosa. Tapi benarkah kita, golongan tua mampu ditegur oleh golongan muda, dan mampu menerima saranan dan cadangan dari orang muda?.

Anda boleh lihat sendiri kehadiran pemuda kita di masjid, di kuliah-kuliah ilmu dan sebagainya. Mari berkawan dengan pemuda kalian. Mari kita bina generasi pewaris dari pemuda kita.

Akhir kata, aku ingin tanya ”ayah-ayah" dan ”golongan tua” yang membaca postku ini.

-Sejauh mana penglibatan anak-anak kalian dalam hidup kalian?
-Berapa kerapkah kalian membincangkan tentang masalah pemuda, berkongsi masalah dan pandangan dengan anak-anak remaja kalian?

http://www.iluvislam.com/v1/includes/jscripts/tiny_mce/plugins/imagemanager/library/rushdina/pemuda1.jpg


Untuk pemuda, mari kita jadi pemuda tua yang tua dari segi ilmu dan pengalamannya menandingi manusia seusia dengannya. Rajin-rajinkan bersama dengan orang-orang tua yang berilmu, untuk kita dapatkan pengalaman mereka dan ilmu mereka.

~Bersama kita bina generasi pewaris~

    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth