Diambil dari: Berita Harian
KABUL: Serangan yang dilakukan Taliban terhadap petugas pilihan raya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melemahkan keupayaan pertubuhan itu membantu Afghanistan menjalankan pilihan raya negara itu yang hanya berbaki 10 hari lagi.
Walaupun PBB berkeras pihaknya tidak terjejas daripada serangan itu, satu lagi serangan besar boleh mempengaruhi pertubuhan itu yang terhad dalam memastikan proses pengundiaan yang adil dilaksanakan dan kekal berada di negara itu.
Kebanyakan petugas antarabangsa PBB di Afghanistan diarahkan tidak keluar dari rumah semalam, sehari selepas pengganas menyeru penempatan hotel petugas PBB, membunuh lima daripada mereka, termasuk seorang warga Amerika Syarikat (AS).
p/s: Mengikut dari Berita Harian, mereka sekarang telah melabelkan Taliban sebagai pengganas.. Mengikut dari pemerhatian dari MR, Taliban juga memperjuangkan persatuan Islam. Jadi, kita dapat tafsirkan yang berita harian telah mengkambing hitamkan orang yang hendak memperjuangkan ISlam.. Ramai yang sedia maklum, Berita Harian adalah pro-kerajaan, jadi bolehkah kita tafsirkan yang kerajaan(sebilangangannya) juga sedang mengkambing hitamkan pejuang Islam? MR bukan hendak berpolitik cuma sekadar hendak berkongsi bersama masalah negara yang sedang 'AMAN' ini.. Inilah konspirasi yang telah ditimbulkan oleh Persatuan Dajjal Al-Masih dan berjaya mempengaruhi pemikiran orang kita...