Rakyat Malaysia yang kian terancam di Indonesia

Dikongsi oleh: Mickhail

Hari ini kita telah membaca isu 'Buluh Runcing' dan 'tarian pendet' yang telah mencetuskan kekecohan di Indonesia sehingga mereka telah menggunakan buluh tersebut untuk mengancam rakyat Malaysia..

Ia hanya berpunca dari isu 'tarian pendet' yang berasal dari Bali, Indonesia dan dikatakan dicuri oleh kita. Sedangkan ia sudah diakui tidak pernah dijadikan atau diakui milik kita, tetapi telah menimbulkan kekeliruan dan permusuhan di seberang sana. Ini tidak lain adalah dari permainan media massa mereka yang suka mengutuk negara kita tanpa meneliti tuduhan mereka samada benar atau salah..

Meskipun kesilapan adalah berpunca dari Discovery Channel ( tersilap atau sengaja ? wallahu a'lam ) namun kita perlu lakukan sesuatu sebelum ia menjadi barah yang boleh 'memusnahkan' kita semua.

Kejadian pelajar kita dibaling telur seperti laporan Mstar Online di sini adalah permulaan kepada situasi yang boleh bertukar menjadi runcing ( seruncing buluh runcing ) yang sangat berbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat kita yang berada di sana. Jangan lupa mereka juga telah mengumpulkan 360 orang sukarelawan ilmu kebal ( baca : psy war ) untuk menakutkan kita.

[sweeping-kurang+ajar3.jpg]


Walhal rakyat Indonesia dengan aman dan damai dapat bekerja di sini mencari wang untuk menyara keluarga mereka di sana. Begitu juga rakyat kita sering melancong ke sana yang secara tidak langsung menaikkan ekonomi negara mereka termasuk rakyat Indonesia yang mendapat kesan langsung dari aktiviti pelancongan tersebut. Itu termasuk kiriman wang yang bernilai jutaan ringgi setiap bulan kepada keluarga mereka.


Beberapa buah blog sudah menyentuh isu ini seperti :



Saya turut terbaca artikel Faisal Tehrani yang turut 'naik angin' melihat perangai gila segelintir rakyat Indonesia yang tidak pandai menjaga perasaan kita ( seperti mana kita menjaganya ) dan tidak segan silu memalukan kita dengan menggodam laman laman rasmi milik Kerajaan Malaysia kerana marah dengan perkara yang tidak benar dilakukan oleh kita.

Tujuan tulisan ini disiarkan ialah untuk mengajak sahabat para blogger sekelian agar dapat menerangkan isu ini dan membuat gesaan kepada Pimpinan kita agar dapat memandang serius isu tersebut..


Saya sangat khuatir situasi ini boleh mengancam hubungan baik antara kedua belah negara yang sangat kukuh dan utuh selama ini dan berharap agar pihak pemimpin-pemimpin kita dapat mendesak Kerajaan Indonesia menjelaskan isu ini dengan lebih terperinci kepada rakyat mereka serta mengambil tindakan keras kepada mana-mana pihak yang membuat hasutan untuk memudaratkan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia.

Begitu juga pihak Kementerian Penerangan juga perlu melakukan tindakan lebih berkesan dalam menangani isu yang dipanaskan oleh kumpulan radikal yang tidak mustahil mungkin dibayar oleh agen CIA atau Mossad bagi mewujudkan kemarahan, kerisauan dan keresahan di kalangan rakyat kedua belah negara yang berjiran ini.



0 Responses

    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth