Natrah meninggal dunia di Belanda

bismillah..

Akhbar harakah daily pada 10 Jun 2009 melaporkan kematian Bertha Hertogh atau nama Islamnya satu ketika dahulu Natrah pada usia 72 tahun. Hal i ni dikhabarkan oleh duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib.

Natrah yang dulunya penah menjadi isu di Singapura akibat perebutan dirinya antara ibu angkat di Malaysia, Che Aminah dan keluarga asalnya yang berketurunan Belanda meninggal dunia akibat luekimia yg di hidapinya.

Undang2 British / Belanda yang tidak membenarkan remaja di bawah 18 tahun berkahwin, telah membatalkan perkahwinan Natrah dengan seorang guru bernama Mansor adabi, 22 tahun. Beliau di arah pulang kepada keluarga asalnya di Belanda. Keputusan ini akhirnya menimbulkan rusuhan di Singapura yang di kenali sebagai 'rusuhan Natrah' sehingga mengorbankan 18 nyawa sementara 200 yang lain cedera ketika pertempuran tentera dengan polis British.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama. Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan.
0 Responses

    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth