Top Secret: Terowong Rahsia di Putrajay, Facts @ Mitos

article ni berbentuk mcm diari sikit yg di tulis seorang paskal

1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

2. Susah hendak percaya? tetapi "Urban Legend" atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.

3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok(sekarang dah berhenti), malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.

4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu "Keluar" atau "Kecemasan", untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.

5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.

6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.

7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta "basement", paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.

8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.

9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.

10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.

11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.

12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.

13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.

14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.

15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.

16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.

17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.

18.Beliau mencabar saya satu perkara..."Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak...samada selut ataupun lantai konkrit?".

19.Memang hebat Putrajaya...visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.

20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.

21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.

22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.

23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.

24.Kepada pembaca...tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.

25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda...ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.

26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.


#petikan ini adalah diambil dari salah satu krew FOM dalam mengkaji rahsia yg tersembungi yang terdapat di Malaysia.. Andai ada sebarang masalah,mohon maaf dipinta..

Isu Nama Allah



Article di bawah dipetik dari blog Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Untuk MR, ia adalah satu isu yg sangat berat ekoran bidang ilmu MR tak sesuai untuk mengupas isu ini..


Penggunaan nama Allah bukan hanya mula muncul pada zaman ini. Pada masa lepas, Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?!

Juga di pihak umat Islam sendiri, pendidikan akidah Islam tidak ditekankan secara yang sepatutnya. Kita lebih banyak menumpulkan soal fekah sehingga melupai pokok yang lebih penting iaitu akidah. Inilah sebabnya ramai orang melayu sekalipun bersolat, ada yang mudah terpengaruh dengan khurafat, bomoh, tahyul dan seumpamanya.

Jika kita jelas dalam persoalan akidah, tentu unsur-unsur seperti itu, pengaruh kristianisasi, unsur-unsur agama lain tidak dapat mengelirukan akidah dan pemikiran umat. Isu nama Allah ini sepatutnya menyedarkan kita keperluan menegaskan soal akidah dan batas-batas iman dan kufur.

Untuk mengelakkan ketegangan yang tidak baik untuk negara dan kehidupan masyarakat yang berbilang agama dan kaum, maka dicadangkan beberapa pekara berikut sebagai garis panduan yang patut diambil perhatian oleh pihak kerajaan;

1. Nama Allah tidak boleh dipanggil melainkan hanya kepada tuhan yang sebenar. Maka dengan itu tiada pihak yang boleh menamakan sekutu-sekutu Allah yang didakwa oleh manusia sebagai tuhan atau perantara tuhan sebagai Allah. Ini seperti memanggil berhala, atau batu, atau patung, atau manusia dengan panggilan Allah. Jika ini berlaku, muslim memang wajar menentang dan membantah. Musyrikin Quraish yang memanggil tuhan sebenar Allah tetapi mensyirikkanNya, pun begitu tidak menamakan berhala mereka dengan nama Allah, sebaliknya menamakan berhala-berhala mereka dengan panggilan al-Lata, al-‘Uzza, Manat dan seumpamanya.


2. Manusia memang sewajar memanggil tuhan yang sebenar Allah. Ini juga membuktikan ajaran Islam yang memanggil tuhan ‘Allah’ itulah yang benar. Maka, tidak mengapa, bahkan sepatutnya semua manusia tanpa mengira agama menyatakan “Allah yang menciptakan alam”, “Allah yang menurunkan hujan”, “Allah menyuruh kita melakukan kebaikan” dan seumpamanya. Perkataan-perkataan itu benar. Adalah tidak wajar seorang muslim membantah apabila mendengar bukan muslim menyatakan perkara seperti itu. Bahkan al-Quran menyebut: (maksudnya) “Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).


3. Jika mereka akur Allah adalah Tuhan sebenar, lalu mereka memanggilnya dalam ibadat mereka maka seorang muslim tidak boleh mengganggu urusan ibadah agama lain. Walaupun Islam mempertikaikan kesyirikan mereka, tetapi kebebasan beribadah adalah hak setiap agama.


4. Bukan muslim tidak boleh menggunakan nama Allah untuk penyebaran dakyah yang menghina Islam. Ini seperti mempersendakan Allah dalam sebaran kepada masyarakat Islam atau mempermain-mainkan nama Allah dalam tulisan, lukisan, filem dan seumpamanya seperti yang sering berlaku dalam masyarakat Barat.


5. Bukan muslim tidak boleh memputarbelitkan ajaran Islam dengan mempergunakan nama Allah sebagai umpan. Tindakan provokatif seperti itu wajar diambil tindakan tegas. Adalah menjadi prinsip kemanusiaan yang dipegang oleh Islam bahawa tiada siapa pun boleh memutar belitkan maksud ajaran pihak lain. Orang Islam juga tidak boleh memutarbelitkan ajaran agama lain.


6. Menyebut nama Allah dalam pergaulan antara muslim dan bukan muslim dengan cara yang hormat dan mengagungkan Allah seperti bukan muslim menyebut kepada muslim “semoga Allah merahmati kamu”, atau “semoga Allah memberi rezeki kepada kamu” adalah diizinkan. Bahkan itulah yang sepatutnya. Nabi s.a.w ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Ini adalah beberapa cadangan yang dikemukan oleh Dr. Mohd Asri berkaitan dengan isu yang sedang hangat diperkatakan sejak 2 menjak ini.. Dari pandangan tepi pula, MR lebih suka untuk mengkaji mengapa isu ini boleh muncul dan apa motifnya.. adakah sekadar untuk menguji cendekiawan agama di negara kita atau tujuan yg lebih parah iaitu menyabungkan agama di negara kita.. Isu pembakaran gereja di negara ini juga haruslah dikaji dengan teliti dan bukan hanya sekadar menuding jari kepada orang islam semata-mata kerana 'mereka' sentiasa menantikan kejatuhan kita untuk bangun menjadi penyelamat... Trimas

    About Me

    My photo
    meronta supaya kebenaran terungkai, memujuk supaya keadilan ditegak.. bersama membongkar rahsia, menzahir kebenaran maya..

    sembang maya

    Open your mind

    FOM Ads

    Secret sign that conquer earth

    Secret sign that conquer earth